!-------------------------------------- Blogger Classic Template Name: Sparks Fly Designer: Muhammad Najmi Supian URL: najmisblogg.blogspot.com *Do not remove this* *Do not ripping* --------------------------------------!>
Sparks Fly...
Kehidupan Yang Bebas Kewangan
Thursday 24 May 2012 • 01:21 • 0 comments

Kehidupan macam mana yang anda inginkan? Kaya? Tidak semestinya. Ada orang kaya, pakai baju mahal-mahal, rumah,apartmen besar tapi masih perlu bekerja untuk duit. Pada saya itu bukanlah kekayaan sebenar sebab kalau tiba-tiba diberhentikan kerja, memang kena bergantung pada duit simpanan untuk hidup.


Saya ingin mempunyai kebebasan kewangan ( kebebasan kewangan ). Definisinya mudah sahaja, kita tak perlu bekerja untuk duit, sebaliknya duit yang bekerja untuk kita. Tiap-tiap bulan duit bergolek masuk ke dalam akaun bank tanpa perlu usaha yang bank.
Bila seseorang ingin menjadi kebebasan kewangan,maka mereka perlu mencari cara untuk mendapatkan pendapatan pasif. Antara pelaburan biasa yang menjadi sumber pendapatan pasif adalah rumah, tanah, kedai, perniagaan dan sebagainya.

Strategi bebas kewangan




Sampai satu tahap, pendapatan ASB pun boleh dijadikan pendapatan pasif. Contohnya, dalam akaun ada amaun maksimum RM200k, jadi dividen adalah dekat RM20k setahun. Maka RM20k tu dibahagikan dengan 12 bulan, dapatlah dalam RM1700 sebulan.
Rasanya biase sahaja kalau nak mendapat kebebasan kewangan. Hidup sederhana di awal kerjaya kita. Kebanyakan orang, dapat gaji beli gadjet baru, dapat bonus, pergi buat kereta boleh bawa kereta laju, membeli-belah barangan berjenama tak ingat dunia dan sebagainya.
Punca utama kita tak ada duit untuk dijadikan modal pelaburan adalah sebab sikap kita yang suka membelanjakan wang. Kena sentiasa ingat peraturan ni,  yang kaya mendapat lebih kaya . Sebab apa? Sebab mereka ada modal untuk melabur. Jadi kumpul duit biar ada banyak macam orang kaya tapi bila ada banyak, jangan pulak belanja macam orang kaya.
Hidup dalam kemampuan gaji bulanan kita. Kad kredit adalah kemudahan kredit untuk pelaburan dan bukan untuk berbelanja. Pada pendapat saya, sasaran yang terbaik adalah mencapai jumlah pendapatan pasif yang sama dengan jumlah pendapatan aktif kita.
Dengan itu, kalau takde kerja sekalipun, kita masih boleh hidup sebab perbelanjaan bulanan selama ni dibataskan dengan amaun gaji bulanan sahaja dan tidak termasuk pendapatan pasif yang telah dikumpulkan. Mana pergi pendapatan pasif yang dikumpulkan selama ni? pelaburan semula dan dimodalkan untuk meningkatkan pendapatan pasif.
Bila dah setaraf, mungkin kalau nak menaik taraf sikit kehidupan tu tak salah. Mungkin nak merasa kereta besar sikit, atau rumah yang lebih besar.
Apa pun, ini hanyalah perancangan dan teori sahaja.Bukan semua yang kita rancangkan boleh menjadi,tetapi ia sentiasa lebih baik untuk mempunyai satu pelan daripada pergi ke sesuatusecara membuta tuli . Sepanjang perjalanan ke arah kebebasan kewangan, pasti ada halangan dan kalau bertuah atau pandai cari peluang, akan ada fast track ke arahnya.
Kalau hidup tak payah kerja makan gaji tapi duit boleh masuk tiap-tiap bulan memang terbaik, betul tak? Tapi sebelum apa-apa, kenalah cari kerja dahulu.
Baiklah sampai disini sahaja untuk post kali ini.
sekian,terima kasih..

Pembaziran Yang Berterusan
• 01:00 • 0 comments

Kerajaan Russia ni bagus. Disebabkan sistem pengangkutan mereka masih lagi dipelopori oleh GLC di sini, dana yang ada digunakan sebaiknya untuk kebajikan rakyat. Contohnya, setiap bulan mana-mana perhentian bas yang mengalami kerosakan akan diperbaiki. Kalau menjelang musim bunga, perhentian bas ni tadi semuanya dibasuh dan dicat semula.


Baguslah kalau macam tu, betul tak? Sekurang-kurangnya kerja jalan dan tiada orang kenyang gelapkan dana yang diperuntukkan. Cuma satu je masalahnya. Disebabkan di Russia ni banyak sangat orang mabuk malam-malam, maka pada kebiasaannya perhentian bas tadi akan dirosakkan oleh pemabuk-pemabuk ini.

yang putih tu kaca, bukan salji walaupun hari ni -7
Panel kaca di perhentian bas akan dipecahkan. Saya rasa benda ni berlaku hampir setiap bulan dan setiap bulan jugalah panel kaca tersebut diganti baru. Ini berlarutan sepanjang tahun.
Kalau dah tau akan dipecahkan, kenapa tak guna rekabentuk lain yang tak menggunakan panel kaca tersebut? Bayangkanlah dana yang telah terbazir akibat vandalisme seperti ini dan kebodohan mereka kerana berterusan mengganti baru panel yang dipecahkan tadi.
Sama juga dalam hidup kita, kadang-kadang kita belanja duit pada sesuatu yang tidak perlu dan tak membawa manfaat dalam hidup. Contohnya, kalau tak selalu tengok tv, tapi langgan channel Astro banyak-banyak, atau mungkin keahlian ke gym, mungkin juga langganan internet pada smartphone (kadang-kadang sepanjang masa kita berada dalam kawasan yang mempunyai kemudahan internet).
Rokok? Mungkin.. tapi kalau saya cakap rokok membazir, orang yang merokok pula akan marah. Terpulanglah.. Sebelum cakap duit tak cukup, tengok dulu apa jenis perbelanjaan (pembaziran) dalam hidup kita yang boleh dikurangkan.
Berfikir sebelum membuat..
sekian,terima kasih.

4 Cara Berjimat Cermat Dalam Perbelanjaan Harian
• 00:35 • 0 comments

Assalamualaikum

Dah lama tak buat post dekat sini .
Sekiranya saya sudah dewasa saya akan membuat  :-

Bagaimana saya berjimat sehingga RM 500 sebulan .
Mungkin idea di bawah ini anda sudah tahu, dan mungkin ianya baru bagi anda .

Tapi yang pasti, saya dapat berjimat sehingga RM500.Sebelum itu , mari kita perhatikan
ada apa dengan RM 500 itu ?

Jika sebulan anda dapat berjimat RM 500 , setahun anda akan dapat berjimat sehingga RM 6000.

Katakanlah duit itu anda tidak buat apa-apa kecuali menyimpan di Tabung Haji ( Disyorkan ) .

Untuk 10 tahun,anda akan dapat menyimpan RM 60,000. Itu belum masuk dividen yang anda akan terima pada setiap tahun.

Katakan purata tambahan daripada dividen yang anda akan dapat ialah RM 170.
Untuk 10 tahun,
anda akan dapat RM1700.TANPA BUAT APA-APA .

Akibat boros berbelanja
Wednesday 21 March 2012 • 01:05 • 0 comments

 Assalamualaikum
 Dan
Selamat sejahtera...

akibat boros berbelanja,
kita haruslah jimat berbelanja dan jangan boros ya !
kalau kita biarkan sifat pemborosan ini berpanjangan , ia akan memakan diri kita sendiri.
kajian mendapati ramai orang muda zaman sekarang muflis akibat boros berbelanja.
jika boros berbelanja dan menggunakan duit lebih daripada gaji ia akan menyebabkan kita meminjamkan duit daripada orang dan ia akan menyebabkan hutang.
secara methaphornya,andai boros itu adalah rakan syaitan.


Ingat, jangan boros berbelanja !
Sekian.





Faktor-faktor berjimat cermat ketika membeli belah
Sunday 18 March 2012 • 04:37 • 0 comments

Assalamualaikum kepada semua pembaca post untuk kali ini .
Dan
Selamat sejahtera ..

Hai , kali ini saya hendak memberitahu anda FAKTOR membeli-belah terlalu banyak dan terlalu lama .
okay , sekiranya anda selalu membeli-belah pada setiap hari .
Anda akan berasa seronok dan ketika itu juga duit anda yang banyak itu menjadi semakin sikit dan sedikit .
Betul ?
Bagaimana nak berhentikan sifat anda yang suka membeli-belah itu ?
Baiklah !
Pertama, anda perlu menyimpan semua duit-duit yang ada pada anda itu ke dalam bank . [ ITU PUN KALAU ANDA MAHU ]  :)
Kedua , sekirannya barang yang anda suka keluar dipasaran secara harga yang murah seperti majalah e-pop , samsung galaxy S2 , MP3 player ,  G-shock dan lain-lain .




ketiga , sekiranya barang yang anda suka itu sudah dibeli tetapi anda mahu beli lagi . Saya rasa tidak perlu membeli lagi kerana itu adalah satu pembaziran.

Sekiranya , anda suka sangat membeli-belah , duit anda akan melayang dengan begitu sahaja .
Jadi , berjimat-cermat la sedikit .
Sekian sahaja post untuk kali ini .

Assalamualaikum.

tips membeli belah dengan bijak ..
Tuesday 6 March 2012 • 01:55 • 0 comments

• Senaraikan keperluan yang hendak dibeli agar tidak terbeli barang-barang yang tidak perlu.• Jangan membeli-belah semasa lapar. Keadaan lapar mendorong kita membeli lebih daripada yang diperlukan.
• Jangan membawa wang yang berlebihan daripada
anggaran harga keperluan yang disenaraikan.
• Lakukan pembelian keperluan secara sekaligus, jangan membeli secara sedikit-sedikit kerana ini akan menyebabkan kita sering ke kedai.
• Beli barangan keperluan secukupnya. Pembelian yang berlebihan adalah membazir.
• Pastikan barang-barang yang hendak dibeli mempunyai harga yang berpatutan.
• Elakkan membawa ramai ahli keluarga bagi mengelakkan pembelian yang terkeluar daripada senarai.
• Berubah kepada produk generik (house brand) dan utamakan Barangan Buatan Malaysia.
• Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran berbanding makanan yang diproses.
• Gunakan bakul semasa membeli belah berbanding troli.
• Jangan terpedaya dengan jualan promosi, jualan murah dan potongan harga.
• Gunakan wang tunai. Elakkan pengunaan kad kredit supaya perbelanjaan dapat dihadkan.
• Amalkan pembelian terancang. Utamakan keperluan daripada kemahuan.

Mengapa wanita suka membeli-belah ?
Thursday 1 March 2012 • 00:02 • 0 comments


Assalamualaikum semua :)
  Dan
Selamat Sejahtera .. :D

Hari ini saya nak cerita fasal dekat atas tuh ..
Kenapa Perempuan suka membeli-belah ?
Baiklah , pertama sebab perempuan memang suka barang yang menarik , cantik dan mahal .
Contohnya :-

* Jam
*Iphone 4S
*Laptop
*Beg Tangan
*Dress
*Perfume
*Kasut Tumit Tinggi
*Selendang

 dan macam- macam lagi . Mengapa wanita suka membeli barang-barang yang macam ni ?
Baiklah , sebab ianya menarik perhatiannya .
perempuan juga suka membeli barang yang sudah dibeli !
Jadi , Jangan la kita membazir duit dengan barang yang kita sudah beli !

Itu sahaja Post untuk kali ini,sekian terima kasih ..


Disclaimer
No harsh word please !


Hello, your short bio here. Change this to your own word for welcoming people.




Tagboard
Shout out loud !


Your cbox code goes here ;3

Time Machine
let's get back...



Credit Card
Big clap for them...


Skin by : Najmi Supian
Picture take from : We Heart It
Linkies code : WANA
Big Helped : Them